Wednesday, 4 May 2011

SEIMBANGKAN ANTARA KERJA DAN DOA...~~INSYAALLAH..

SESUNGGUHNYA Allah sentiasa menyediakan bermacam-macam jalan dan cara pada hamba-Nya agar makin dekat kepada-Nya.

Sedikitpun Dia tidak bermaksud zalim pada hamba-Nya kerana Maha Suci Ia dari sikap zalim.



Fikirkan secara baik, apa yang harus kita ubah dari diri kita.



1. Ketika kita ingin dihormati masyarakat, jangan hanya pikirkan nama kita dipuji.

cuba renung, misalnya, pakaian kita yang kotor dan tidak kemas,

perlulah diganti dengan yang lebih bersih, rapi dan bersantun.

Demikian pula jika kita jarang mengenal jiran tetangga sebelah rumah, mulailah bertegur-sapa.



2. Ketika ingin kesejahteraan hidup kita meningkat, janganlah selalu bertanya,

Kenapa boss tidak juga menaikkan gaji ?

Mengapa tiada bonus?

Segeralah, susun strategi kerja yang lebih produktif, disiplin dan tepat waktu.

Perbaiki pula komunikasi kita antara sesama teman dan orang atasan.



3. Begitupun apabila Allah sudah memberi kita keinginan untuk berkahwin.

Janganlah selalu berkeluh kesah, merasa sengsara, mungkin kerana tiada calon pasangan, masih belum ada yang masuk meminang atau tidak sesuai.

Janganlah mengeluh seperti ini, “Apakah Allah tidak tahu saya sudah perlukan pasangan hidup?”

Cerminlah dulu diri sendiri.

Berubah,apakah kita sudah layak jadi seorang isteri?
Jadi seorang suami?

Padahal peribadi kita masih lemah dan manja, masih kuat rasa ego, juga melihat kanak-kanak pun masih terasa pening kepala.

Berpikirlah masak-masak. Haruskah saya berkahwin ?

Kalau mengurus diri saja belum mampu, apakah lagi orang lain?

Maka, sibukkan diri, pelajari kewajipan dan tanggungjawab suami mahupun isteri, juga yang berhubungan dengan masalah-masalah rumahtangga.



Jangan sekali-kali kita buruk sangka (su’udzan) kepada Allah

Kalau memang sudah layak, tentu Allah akan memberikannya.

Allah tidak pernah memberikan suatu amanah melainkan pasti menyediakan kita jalan untuk menunaikannya.

No comments:

Post a Comment